Friday, June 29, 2012

Buli - bersatu teguh - (sinopsis)

menceritakan kisah seorang rermaja perempuan yang baru ditukarkan ke sekolah baru kerana ayahnya yang ditukarkan tempat kerja di kawasan tersebut. nami merupakan seorang pelajar yang ceria dan sentiasa bersemangat. pertama kali dia menjejak kaki ke sekolah itu, dia bertemu dengan seorang pelajar perempuan yang comel iaitu suria. pertemuan pertama mereka memeranjatkan nami kerana budak yang dikenalinya itu sudah mula menimbulkan masalah di dalam kelas.

apabila nami mendapat tahu bahawa suria sebenarnya dibuli, dia cuba membantu. tetapi, nasib tidak menyebelahi nami. disebabkan ingin menolong suria, nami kini menjadi tempat kumpulan pembuli itu melakukan kegiatan mereka iaitu membuli. ketua mereka adalah mia dimana dia juga merupakan ketua kelas nami. sejak nami cuba membantu suria, nasib nami semakin lama semakin teruk. mia dan rakan-rakannya membuli nami tanpa belas kasihan.

keakraban nami dan suria menyebabkan mia dan rakan-rakannya mempunyai niat jahat terutamanya selepas nami melaporkan kegiatan buli mia kepada guru kelasnya. mia ingin membalas dendam terhadap nami dengan merosakkan hubungan persahabatan antara nami dan suria. pelbagai masalah yang mendatang yang perlu nami dan suria tempuhi.

pada ketika hubungan mereka berdua dirosakkan, mia dan rakan-rakannya mengambil peluang itu untuk membalas dendam terhadap nami. mereka mengugut nami bahawa mereka akan menyumbat sisa makanan ke dalam mulut nami jika dia tak mahu minta maaf sambil melutut dan mencium kasut mia. nami berdegil tidak mahu minta maaf. suria cuba sedaya upaya meminta bantuan rakan kelasnya untuk membantu nami.

semangat suria yang ingin membantu nami membuka mata rakan sekelasnya yang lain. mereka bersatu hati untuk menentang mia dan rakan-rakannya. dengan bantuan rakan sekelasnya, semangat persahabatan antara nami dan suria telah dapat menjatuhkan mia dan rakan-rakannya.

No comments:

Post a Comment