SURIA
(teragak-agak hendak menjawab)
eerr, saya...
MIA(O.S)
wah, hari ni pun aku gelak puas!
suria terkejut mendengar suara tersebut
MIA
suria, nampak gayanya cikgu pun dah
meluat tengok muka kau kan?
SURIA
(bangun dari tempat duduknya)
mia, dah la. hentikan semua ni
MIA
apa hal plak, kau nak melawan
ke?kalau macam tu memang tak ada
orang pun nak melayan kau.
nami agak terkejut dengan apa yang dia dengar tadi.
NAMI
apa semua ni? awak ke yang suruh
dia buat bising tadi?
MIA
(jarinya di mulut tanda suruh
nami senyap)
kalau kau cakap macam tu nampak
sangat aku ni macam buli budak ni
plak.
(muka berlagak)
ni cuma peraturan kelas ja. sapa
yang paling hodoh akan jadi hamba
aku, tu je. lagi pun tak ada sapa
pun yang bising pasal hal ni. so,
kau pun sila tutup mulut ya.
NAMI
(terkejut)
apa?!
EXT. SEKOLAH - PETANG
pemandangan bangunan sekolah yang nampak cantik itu dapat
dilihat dengan jelasnya dari tempat nami duduk pagi tadi.
nami dan suria bersandar di bawah pohon pokok yang rendang.
NAMI
kenapa awak tak bagitau kat cikgu?
kalau awak tak berani, biar saya
yang laporkan.
SURIA
(wajah yang muram)
kalau awak buat macam tu, nanti
awak plak yang akan kena buli
dengan mereka. lagi pun memang
betul pun saya yang paling hodoh
dalam kelas tu.
suria bangun dari tempat bersandarnya lalu menarik nafas
sedalamnya. dia menoleh kearah nami.
SURIA
(muka senyum)
awak jangan risau, saya okey ja.
NAMI (V.O)
suria.
EXT.SEKOLAH - PAGI
cuaca pagi itu kelihatan mendung. suasan di luar sekolah
juga kelihatan agak suram. kelihatan beberapa orang pelajar
berlegar-legar di kawasan sekolah.
NAMI (O.S)
aku tak kan berdiam diri sahaja
bila ada orang terseksa dibuli
depan mata aku sendiri.
INT.BANGUNAN SEKOLAH - PAGI
di laluan koridor kelas, terdapat beberapa orang pelajar
mengelilingi suria. mereka seolah-olah hendak menyuruh suria
melakukan kejahatan lagi pada hari ini. nami yang melihat
kejadian itu tidak berdiam diri.
PELAJAR 1
(menghulurkan marker pen
kepada suria)
nah, aku nak kau conteng dinding
ini. (ketawa besar)
NAMI
(nada yang tegas)
berhenti!
suara nami yang tegas itu telah mengalihkan semua perhatian
pelajar yang berada di situ ke arahnya.
NAMI
ini buli namanya! kenapa yang lain
hanya melihat sahaja?! kenapa kamu
semua tak bantu dia?!
suara mereka boleh didengari sehingga ke luar tingkap
koridor tersebut.
MIA(O.S)
kau ni kenapa ha?! selalu sangat
buat kacau. budak baru duduk diam
je la.
NAMI (O.S)
tak boleh!!
nami begitu berani menegur kelakuan yang tidak baik itu di
hadapan mia dan rakan-rakannya secara bersendirian.
MIA
kan aku dah cakap yang aku cuma
bergurau ja. yang kau nak kesian
melebih ni kenapa plak?
NAMI
bukan kesian, suria tu kawan aku!
SURIA
(melihat ke arah nami)
nami.
MIA
(muka berniat jahat)
eemm, kawan ya. kalau macam tu apa
kata kau gantikan budak ni. dia,
aku akan lepaskan.
nami terkejut apabila mendengar kata-kata mia tadi.
pelajar-pelajar yang berada di sekitar mereka mula
membisikkan sesuatu. mereka agak terkejut dengan tindakkan
mia itu.
NAMI
(nada yang perlahan dan
tergagap-gagap)
bo..leh..
(nadanya bertukar tinggi)
boleh! aku rela bertukar tempat
dengan dia. asalkan kau takkan
ganggu dia lagi!
mia rasa dirinya tercabar. suria terkejut dengan kata putus
yang diberi oleh nami.
NAMI
(menunding jari ke arah mia)
lepas ni aku akan tamatkan gurauan
kau semua! aku tak akan mengalah!
INT.KELAS - PAGI
nami terpaku di depan mejanya sendiri. dia melihat di atas
mejanya terdapat sebuat buku teks miliknya di koyak dengan
teruknya. dia sudah dapat teka siapa yang melakukannya. mia
berjalan kearah nami lalu menolaknya.
MIA
(menolak nami)
tepilah penyibuk! dah la lembap!
mia dan rakan-rakannya menuju ke tempat duduk mereka.
MIA
apa dalam kepala otaknya pun aku
tak tau la
PELAJAR 1
nampak tak dia jatuh tadi?
PELAJAR 2
macam nangka busuk!
mereka bertiga ketawa sepuas-puasnya. semenjak detik itu,
mereka bertiga sering membuli nami. pelbagai perkara yang
mereka lakukan terhadapnya. melekatkan notis "aku budak
lembap" di belakang bajunya, mengotorkan kasut sekolahnya,
membuang sampah di atas mejanya, dan lain-lain lagi.
EXT.BAWAH POKOK - PETANG
cuaca pada petang itu sungguh cerah. suria menghulurkan air
tin kepada nami yang sedang baring di bawah pokok tempak
mereka berdua selalu lepak. suria bersandar di pokok
tersebut.
SURIA
(memandang luka di tangan
nami)
nami, luka tu mesti mia yang
buatkan? saya minta maaf ye. semua
ni disebabkan awak nak tolong saya.
No comments:
Post a Comment