Thursday, November 29, 2012

kisah 17/10/??

kalau tahun lepas, 2 tahun berturut-turut celebrate bestday sendiri dengan member unisza.. Tahun ni x celebrate pun.. just celebrate ngan family ja :D

kek angah n aku :D
lama x celebrate sekali

tahun ni x celebrate pun cz :
1)aku sendiri bgtau tarikh lahir yg salah (sengaja ja)
2) aku still lagi rindu kat member2 unisza so, mcm malas ja nk raikan tanpa depa... rasa mcm kekok plak :p

tapi x celebrate pun still dapat hadiah dari member kat unisza gak... hehehe :D

budak excited dapat hadiah...

TQ guys~~ love u guys sssoooooooooo much...

aku ingat lagi waktu first time raikan bestday aku bukan pada tarikhnya (sokmo gitu)... sambut kat Kuantan (jauh x p)... padahal malam nk bertolak ke kuantan tu ada paper exam, lusa tu plak baru ada paper lagi... so, ada gate ar kat situ... blh plak p sampai kuantan alasan semata-mata nk stay up.. memang terbaik ar... sekali kena sambut bestday aku plak.. hahaha!! sebenarnya~~ sebelum p kuantan ni, farah, syud n zila dah pun raikan kat asrama... depa mandikan aku kat tempat basuh baju... last2 skali kami empat2 orang mandi skali kat situ tanpa menghiraukan orang yg lalu lalang.. :3 sswwwweeettt~~~ :p

tahun kedua plak aku n the geng kena tendang dok luaq.. pasai pa x dapat asrama tu ceq x tau... maybe intake baru ramai kot.. agaknya la~~ zila n farah yg dapat asrama pun tolak tawaran asrama cz depa nk stay ngan aku n syud kat luaq.. oh! terharu time tu.. :D
dok umah sewa luaq plak depa sambut lagi kejam.. time tarikh tu la depa pakat buat x layan aku.. sakit hati.. huhuhu!!! :'(
tapi x sangka plak esok tu depa buat surprise kat aku... aku rasa entry pasal ni aku dah cita dah sblum ni.. :-/ (peduli plak aku)

tapi tahun ni :( rasa mcm kekurangan plak depa tak dak.. kadang2 rindu plak kat depa... serius rindu... sbb tu bila dapat ja bungkusan tu aku terus balik umah, buka n senyum x berhenti... TQ cz still ingat kat aku

Sunday, November 4, 2012

Sifat Wanita yg Dihindari Lelaki

1) wanita ANANAH
--> banyaknya komen!! wanita jenis ini yg lelaki akan hindari. Ini kerana apa yg diberi atau dilakukan oleh suami untuk rumah tangganya, ada saja yg x kena pada pandangan matanya

2) wanita MANANAH
--> dia saja yg banyak berkorban!! wanita seperti ini suka menidakkan usaha dan jasa suami, sebaliknya suka mendabik dada dengan mengatakan bahawa dialah yg banyak berusaha dan berkorban untuk rumah tangganya. Ungkit-mengungkit dalam apa jua kebaikan yg dilakukan untuk rumah tangga itu juga perkara biasa baginya. Lazimnya, wanita seperti ini adalah berkerjaya dan memiliki gaji yg lebih besar daripada suaminya

3) wanita SYADAQAH
--> pot! pet! pot! pet!. wanita jenis ini banyak bercakap dan tidak menentu / BECOK!. Akibat banyak cakap,selalunya kerja yg dibuat sering tidak menjadi, hanya menjadi tukang sibuk dan komen sahaja.

4) wanita HANANAH
--> tidak bersyukur! Wanita ini gemar menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yg lain, yg dinikahnya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yg lain dan dia berangan-angan untuk mendapatklan suami yg lebih baik daripada suami yg sedia ada. Dia tidak bersyukur dengan jodohnya dan mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendah-rendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

5) wanita HADAQAH
--> suka memaksa dan mengikut nafsu! Wanita jenis ini suka kepada melihat barangan  lalu menyatakan keinginan kepada suaminya dan memaksa untuk membeli untuknya. Suka mengikut nafsu. Sifat ini amat memeningkan lelaki. Juga suka membandingkan dirinya dengan orang lain dan gemar menunjuk-nunjuk. Wanita ini yg akan membuat suaminya sentiasa sugul dan susah hati.

6) wanita BASAQAH
--> makna pertama- wanita yg gemar bersolek dan menghias diri. Bukan untuk dirinya tetapi untuk dipertontonka kepada dunia. Duitnya dihabiskan untuk membeli alat solekan, kasut dan barang kemas. Dia gemar dipuji-puji, dan jika kebetulan dia menjadi isteri kepada orang ternama, maka orang lain tidak boleh mengatasi dirinya dalam segala hal.

--> makna kedua - ketika dia marah sewaktu makan, lazimnya dia tidak akan makan kecuali bersendirian dan diasingkan bahagiannya.


Rasulullah SAW ada memesan kepada kaum lelaki, "Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. yang ANANAH, yang MANANAH, yang HANANAH, yang HADAQAH, yang BASAQAH, dan yang SYADAQAH. "