Tuesday, December 4, 2012

1st time klinikal (pra klinikal)

19/11/12 - 29/11/12 aku kena pra klinikal kat Hospital Tunku Jaajar depan kolej aku ja pun~~ -_-'' 2 minggu kena klinikal kat sana.. 6 hari kat wad 7A(perubatan laki2) 3 hari (sepatutnya 4) kat wad 8B (pembedahan perempuan)... shiff pagi = 7.00pg - 2.00ptg  petang = 2.00ptg - 9mlm

minggu first best gila kat wad 7A cz dalam wad tu serius busy... keadaan wad tu dah la x brapa nk teratur sgt cz pesakit ramai keluar lagi ramai plak yg masuk.. hehehe... doktor pun aku tgk x senang duduk... staff nurse lagi la... even ada ramai jururawat pelatih, jururawat masyarakat, MA (MA kami ja..) n doktor pelatih pun still busy gak wad tu n sometime rasa menyemak pun ada gak :P ... knapa aku kata best pasal wad ni??? SEBAB!! kesibukkan dalam wad ni membuatkan aku rasa masa berjalan dengan pantas n rasa x la lama sangat aku masuk keja.. hehehe... at least ada gak benda yg aku blh buat... first time masuk dalam wad tu, aku n the geng jadi BLUR!! serius x tau nk buat pa... budak2 JP (jururawat pelataih) n JM (jururawat masyarakat) yg ada kat situ x pa la depa pernah p posting sebelum ni... hari first kami mauk, depa dok tengok kami pelik ja~~ last2 ada sorang staff nurse tu cakap kat depa "korang x payah nk berlagak sangat, tolong diorang ni yang first time masuk, dulu korang pun macam diorang gak"... time tu terukir senyuman sampai ke telinga la aku.. hahahaha!! kan dah kena :P asalanya tujuan kami semua yg sem 1 ni p klinikal just nk buat observation ja... x payah nk buat bed making ka, cuci B.O n P.U ka... tapi disebabkan kebosanan melanda kami pun buat gak la bed making... BO n PU aku direct lari ja.. tapi last2 kena gak buat sekali... nasib baik sekali ja bukan berkali2... tapikan! pesakit tu x boleh kalahkan haziqah la... berak haziqah lebih menyusuk kalbu kot :P ... yang paling best dalam wad tu ada pesakit yang sporting.. best kot bersembang n melepak ngan pak cik tu.. hehehe.. sambil2 tu bergosip la... :P ... ada doktor dalam wad tu ensem n baik kot.. ada gak yg ensem tapi perangai mcm kerek... oh, sesi mengutuk kembali plak.. hehehe dua org doktor yg aku kata ensem n baik tu aku slalu follow depa dua untuk tengak depa buat operation kecil2 + dressing + ambik darah n else.. *BO = berak, PU = kencing

dalam wad ni bahay skit.. kalau sapa2 sistem imun dia rendah better be careful cz kat bahagian belakang (lepas kaunter) ada bahagian / kubikel isolation... kubikel ni majoriti patient dia ada penyakit berjangkit n agak berbahaya gak ar... ada yg HIV, DRUG ADDICT, TIBI n else... kat dalam wad ni aku pernah tengak patient meninggal depan mata aku sendri.. tengak macam mana prosedur nk uruskan patient yg dah meninggal (kami panggil prosedur LO/ last office)... sepanjang aku masuk wad ni ada 3 patient yg x dapat nk diselamatkan / ajal dah tiba...

wad 8B plak first aku masuk, aku tgk suasana dia gila tenang sampai rasa malas tu timbul... wad ni best la jugak tapi serius boring kot.. rasa menyemak ja dok dlm wad ni sbb pesakit yg masuk wad ni untuk pembedahan, so JM n JP lebih arif bab2 jagaan org yg mcm tu.. kami just buat bed making + hantar pesakit p unit yg staff nurse mintak di hantarkan... time dok dalam wad ni, aku rasa lama gila kot masa berjalan sampaikan aku TERrehat kat cafe + kedai makanan ringgan + berjalan2 lebih kurang 1jam setengah.. hahahhaha!!!! punyalah x dak keja...  dalam wad ni 3 hari ja.. eh, ada satu patient ni sindrom down.. dia sakit apa ntah nk kena operate... umur dia 27 thn... tapi sesindrom down pun dia cerdik kot.. ha~~ jgn main2 la, speaking 100% lancar punya... JP n JM dalam wad ni x mesra sgt mcm wad 7A... staff nurse pun blh la tahan baiknya... doktor??? no komen cz x sempat nk mengusya doktor dlm wad ni sbb 1) aku bnyk ponteng 2) aku bnyk kena hntar patient ke unit lain... last day aku dalam wad tu, aku jd bilazim (gila) sekejap sbb boring yg amat... sampaikan ada patient yg umur 17thn (ambik spm dlm wad cz appendix) n kawan2 dia yg mai melawat gelak kat aku.. hahaha!!! aku nyanyi lagu "buih sabun" la *(kalau nampak word yg warna lain try ar klik.. ada yg ada link n ada yg saja2 ja.. hehehe) , baring2 atas katil pesakit la (katil kosong k), main doktor2 la... elok sampai ja time balik muka aku excited ja~~ memang kena gelak ar.. hehehe

antara geng aku 1 shiff... semua team aku ada 8 org.. kami bahagi 2 kumpln ikut shiff

bersahabat biarlah ikhlas ^_^



Hanya doa sahaja yang mampu aku hadiahkan untuk mu

Ya Allah
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……
Ya Muhaimin
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah 
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah
Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.
“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain” — Umar Al-Khattab

doa untuk mu SAHABAT


Ya ALLAH
Bila ada sahabat kami, yang
bersedih berikanlah kebahagiaan
untuknya
Ya ALLAH
Bila ada sahabat kami, ada yang
terluka jadikanlah lukanya awal
dia jadi bijaksana
Ya ALLAH
bila ada sahabat kami yang
sedang jatuh cinta…jagalah
hatinya sesuai kehendakMU
Ya ALLAH
Lindungilah kami dari jalan yang
tidak ENGKAU redhai…
AMIN…