Saturday, June 30, 2012

Buli - bersatu teguh - (3)


                              NAMI                                         
                         (bangun dan tersenyum)                            
                    awak tak payah nak minta maaf la.                      
                    bukannya salah awak pun. lagi pun                      
                    saya ok ja la. tengok ni (sambil                       
                    melompat-lompat)saya bertenaga lagi                    
                    kan.                                                   
                                                                           
                              SURIA                                        
                         (ketawa kecil)                                    
                    nami, awak ni tabah betul la.                          
                    cemburu saya tengok awak ni.                           
                                                                           
                              NAMI                                         
                    apa yang awak cakap ni? sepatutnya                     
                    saya yang cemburu dengan awak.                         
                                                                           
                              SURIA                                        
                         (kehairanan)                                      
                    kenapa plak?                                           
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (menuju ke pokok untuk                            
                         bersandar)                                        
                    suria, awak ingat tak lagi yang                        
                    awak pernah cakap kat saya, awak                       
                    takut kalau saya buat macam tu,                        
                    nanti saya plak yang akan kena buli                    
                    dengan mereka. kemudian awak kata                      
                    yang awak okey saja.(tersenyum)                        
                    waktu tu saya rasa tabahnya awak.                      
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (memegang kedua-dua tangan                        
                         suria)                                            
                    jadi suria, saya mohon pada awak,                      
                    tolonglah sentiasa berada di sisi                      
                    saya. disebabkan kata-kata awak                        
                    itulah yang membuatkan saya masih                      
                    dapat bertahan sampai sekarang.                        
                                                                           
                              SURIA                                        
                         (tersenyum sambil menahan air                     
                         mata)                                             
                    baiklah!                                               
                                                                           
          mereka berdua ketawa bersama-sama di bawah pohon yang            
          rendang itu disertai dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.       
          mereka menikmati minuman mereka dengan tenang.                   
                                                                           
          EXT.BILIK GURU-PAGI                                              
                                                                           
          nami dan suria berdiri di hadapan bilik guru. mereka             
          seolah-olah teragak-agak untuk masuk ke dalam bilik guru.        
                                                                           
                              SURIA                                        
                    awak pasti ke nak bagitau pada                         
                    cikgu?                                                 
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (suara tegas)                                     
                    ya, saya pasti.                                        
                                                                           
          nami mengetuk pintu bilik guru dan memberi salam. mereka         
          berdua memasuki bilik guru sambil berpegang tangan. mereka       
          terus menuju ke guru kelas mereka.                               
                                                                           
                                                                           
          INT.BILIK GURU - PAGI                                            
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                         (senyum)                                          
                    ya nami, suria. ada apa cikgu boleh                    
                    tolong ke?                                             
                                                                           
                              NAMI                                         
                    cikgu, sebenarnya...                                   
                                                                           
                                                                           
          EXT.KELAS - TENGAH HARI                                          
                                                                           
          semua pelajar berpusu-pusu keluar ingin menuju ke kantin.        
          dalam celah-celah pelajar yang ramai itu, kelihatan mia dan      
          rakan-rakannya sedang berbual di tepi tingkap. guru kelas        
          yang sedang mencari mia segera menuju ke arah mia sebaik         
          melihat mia berbual di situ.                                     
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                         (nada tegas)                                      
                    mia, cikgu nak berjumpa dengan kamu                    
                    sekarang juga di bilik saya.                           
                                                                           
                              MIA                                          
                         (muka yang penuh tanda tanya)                     
                    baik cikgu                                             
                                                                           
          guru kelas mia dan mia menuju ke bilik guru bersama-sama.        
          mia mengikut gurunya dari belakang dengan perasaan yang          
          berdebar-debar. mukanya kelihatan penuh kehairanan.              

          INT.BILIK GURU - TENGAH HARI                                     
                                                                           
          di dalam bilik guru itu sunyi sepi kerana semua guru keluar      
          untuk berehat. kelihatan dua orang sedang membincangkan          
          sesuatu.                                                         
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                    mia, kamu merupakan seorang pelajar                    
                    yang terbaik di dalam kelas dan                        
                    juga di sekolah. tapi cikgu macam                      
                    tak percaya apa yang cikgu dengar                      
                    pagi tadi. betul ke kamu selalu                        
                    membuli nami dan suria?                                
                                                                           
          sebaik sahaja mia mendengar kata-kata gurunya tadi, wajahnya     
          terus berubah menjadi pucat. hatinya bagai api yang sedang       
          membara kerana dia sudah boleh meneka siapakah si pengadu        
          itu.                                                             
                                                                           
                              MIA(V.O)                                     
                         (mengenggam tangannya)                            
                    ni mesti kerja si lembap tu! tak                       
                    guna!                                                  
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                    bagi cikgu, kamu tak mungkin akan                      
                    melakukan perkara macam tu kan?                        
                    sebab itulah cikgu perlu dengar                        
                    dari kamu sendiri untuk kepastian.                     
                                                                           
          mia yang hanya berdiam diri dari tadi tiba-tiba mendapat         
          idea untuk mengelak dari tuduhan itu. dia tiba-tiba menutup      
          mukanya dengan kedua tangannya sambil menangis.                  
                                                                           
                              MIA                                          
                    kejamnya, saya tak tahu siapa yang                     
                    mengadu pada cikgu. tapi yang pasti                    
                    saya tak ada sebab nak buat semua                      
                    benda yang tak baik tu, cikgu.                         
                    bukan saya yang buat.                                  
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                         (merapati mia)                                    
                    maafkan cikgu. cikgu cuma mahukan                      
                    kepastian sahaja. baguslah kalau                       
                    kamu tak melakukannya. maafkan                         
                    cikgu ya.                                              
                                                                           
          EXT.KELAS - TENGAH HARI                                          
                                                                           
          mia menuju ke kelas dengan muka yang amat serius.                
          rakan-rakannya segera menuju ke arahnnya apabila mereka          
          terlihat mia yang sedang jalan keseorangan di koridor.           
                                                                           
                              PELAJAR 1                                    
                         mia, kau okey tak? apa yang                       
                         berlaku tadi?                                     
                                                                           
                              PELAJAR 2                                    
                    kenapa tiba-tiba cikgu panggil kau?                    
                    macam serius ja.                                       
                                                                           
                              MIA                                          
                    perempuan tak guna. berani dia                         
                    mengadu pada cikgu yang aku ni buli                    
                    dia. nahaslah kau nanti si lembap!                     
                                                                           
          rakan-rakannya hanya mampu berdiri di situ sambil melihat        
          mia yang sedang marah. wajah mia kelihatan sangat marah dan      
          ingin membalas dendam. ketika itu jugalah nami dan suria         
          berjalan dari arah yang bertentangan dari mia. mereka            
          berjalan sambil berpegang tangan dan berbual benda yang          
          menyeronokkan. kegembiraan mereka terserlah di wajah mereka      
          berdua. mia hanya melihat kelakuan mereka dengan senyap.         
                                                                           
                                                                           
          INT.KELAS - PAGI                                                 
                                                                           
          beberapa orang pelajar memasuki kelas dan duduk tempat duduk     
          mereka. kelihatan mia dan rakan-rakannya baru sahaja             
          memasuki kelas. salah seorang rakan mia meletakkan beg           
          sekolahnya di tempat duduk dan terus menuju ke arah suria.       
                                                                           
                              PELAJAR 1                                    
                         (senyum)                                          
                    suria.                                                 
                                                                           
          mendengar suara itu sahaja mampu membuatkan suria terkejut       
          kerana dia sudah kenal suara siapakah itu.                       
                                                                           
                              PELAJAR 1                                    
                         (duduk de sebelah suria)                          
                    sejak akhir-akhir ni aku nampak kau                    
                    dengan nami selalu bersama.                            
                    nampaknya hubungan kau berdua makin                    
                    rapat ya. (senyum sinis) tapikan                       
                    suria, kau tahu tak yang sebenarnya                    
                    si nami tu selalu cakap belakang                       
                    pasal kau.                                             

                              SURIA                                        
                         (menunduk kepalanya)                              
                    kamu menipu                                            
                                                                           
                              MIA                                          
                    eh, asal plak kau tak percaya? kau                     
                    tahu tak yang si nami tu selalu                        
                    cakap pada kami yang dia rimas                         
                    sangat dengan kau. ye la, mana                         
                    taknya, selalu sangat berkepit                         
                    dengan dia.                                            
                                                                           
                              PELAJAR 1                                    
                    kalau aku, mesti la rimas gila.                        
                                                                           
          mendengar kata-kata itu tadi, suria terus bangun dari            
          kerusinya.                                                       
                                                                           
                              SURIA                                        
                    tipu! dia takkan cakap macam tu.                       
                                                                           
                              PELAJAR 1                                    
                         (bermain-main dengan kotak                        
                         pensil suria)                                     
                    ikut suka hati kaulah suria. aku                       
                    cakap benda yang betul ja. lagi pun                    
                    aku dengar dengan telinga aku                          
                    sendiri.                                               
                                                                           
          suria hanya kaku di situ. mia melihat ke arah rakannya           
          dengan senyuman sinisnya itu. mia dan rakanya bergerak           
          keluar dari kelas.                                               
                                                                           
                              MIA                                          
                         (menuju ke pintu kelas)                           
                    jangan sampai dia buang kau plak                       
                    kali ni sudah la. (ketawa)                             
                                                                           
                                                                           
          INT.TANDAS                                                       
                                                                           
          nami berada di hadapan cermin untuk membasuh tangannya.          
          tiba-tiba, salah seorang rakan mia masuk ke dalam tandas dan     
          menegur nami.                                                    
                                                                           
                              PELAJAR 2                                    
                    hai nami, makin mesra aku tengok                       
                    kau dengan suria tu.                                   
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (mencuci tangan)                                  
                    kau kenapa? ada masalah ke kalau                       
                    aku rapat dengan dia, ha? lagipun                      
                    dia tu kawan aku.                                      
                                                                           
                              PELAJAR 2                                    
                         (meletakkan tangan di atas                        
                         bahu nami)                                        
                    rilex ar. aku datang sini nak bagi                     
                    tau kau yang tadi aku ada terdengar                    
                    suria kutuk kau dari belakang.                         
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (menepis tangan rakan mia)                        
                    sudah la kau. aku tau yang kau nak                     
                    merosakkan hubungan kami berdua                        
                    kan? kau jangan nak menipu la.                         
                                                                           
          rakan mia itu merenung nami dengan pandangan yang tajam. dai     
          risau kalau rancangan mereka tidak menjadi. tetapi dia mekad     
          untuk meneruskan rancangan tersebut.                             
                                                                           
                              PELAJAR 2                                    
                    suka hati kaulah nami oi, aku                          
                    datang ni just nak bagi tau yang                       
                    suria kata dia dah letih nak kena                      
                    mengekor kau sepanjang hari. lepas                     
                    tu dia ada bagi tau gak yang dia                       
                    kata baguslah dia dapat keluar dari                    
                    gurauan ni akhirnya.                                   
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (berjalan keluar dari tandas)                     
                    aku malas nak melayan korang semua.                    
                    aku percayakan suria. dia tak akan                     
                    kata macam tu.                                         
                                                                           
                                                                           
          EXT.KELAS                                                        
                                                                           
          nami menuju ke kelas dengan perasaan yang marah. dia begitu      
          yakin sekali bahawa suria tak akan kata sedemikian               
          terhadapnya. sewaktu dalam perjalanan pulang ke kelas, nami      
          terserempak dengan suria.                                        
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (melambai tangan dan menuju                       
                         kearah suria)                                     
                    hai suria.                                             
                                                                           
                              SURIA                                        
                         (menundukkan kepala dan hanya                     
                         berdiam diri sahaja)                              
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (kehairanan)                                      
                    kenapa ni suria? awak nak pergi ke                     
                    tandas jugak ka? nak saya temankan?                    

No comments:

Post a Comment