Saturday, August 20, 2011

apa maksud sahabat pada kamu???


SAHABAT! bagi aku, SAHABAT merupakan maksud yang tidak ternilai. Perkataan "SAHABAT" x boleh dijual beli, ditukar ganti, dan yg paling penting...... x boleh dipermain2kan. Persahabatan seperti mengarang sebuah cerita. Ianya bermula dengan permulaan, pertengahan, dan diakhiri dengan pengakhiran.

Permulaan! permulaannya bermula dengan sebuah pertemuan yg kita sendiri tdk merancangnya. Kita bertemu dengan sebuah senyuman dan tegur sapa yg sopan. Apabila masing2 sdh mengenali, maka bermulalah proses pertemuan bertukar kepada KAWAN. Kawan yg kita selalu bersama ketika senang. Tapi apabila kita susah, belum tentu dia akan berada disisi kita. Kawan merupakan ujian kepada kita untuk menguji samada dia benar2 boleh menjadi sahabat kita atau tdk.

Pertengahan! semua org tau yg pertengahan sesebuah cerita merupakan babak yg klimaks. begitu juga dengan PERSAHABATAN.. Dlm persahabatan juga ada klimaksnya. Tetapi, sebelum kita berada di klimaks, kita akan melalui proses "rising action"... Proses ini adalah proses dimana akan bermulalah pelbagai masalah antara dri kita dgn KAWAN.... Bukan 1, bukan 2, bukan 3, tapi BANYAK... Kita akan hadapi pelbagai masalah diantara dri kita dgn KAWAN... Selepas itu, tibalah kita di "Klimaks".. Di babak inilah dimana kita akan tau samada dia benar2 SAHABAT kita atau tdk. Disinilah kita akan menyelesaikan masalah kita. Tetapi semasa kita cuba menyelesaikannya, akan adanya ORG KETIGA! Ketika ini, jgnlah kamu terkejut jika hal ini berlaku. Kerana hal ini sentiasa berlaku pada sesiapa sahaja. Pada babak ini lah kita akan dpt nmpak sedikit bayangan sesiapa KAWAN kita itu. Maybe dipermulaan kita benci, x suka, sayang, suka dia, tapi adakah dia akan benar2 akan menjadi sahabat kita???? di sinilah kita akan dpt jawapn untuk persoalan itu. Pertengahan proses sebuah persahabatan amatlah panjang. Adakalanya proses ini pendek sahaja.

Seblm sampainya pengakhhiran, kita akan melaui proses "falling action".. Proses dimana kita akan bersama dengan SAHABAT kita. Susah & senang sentiasa bersama... SAHABAT akan sentiasa berada disisi kita x kira samada kita sakit, sedih, marah, seronok, senang, dan sebagainya... Dialah yg akan dtg memujuk kita... Membelai kita apabila kita keseorangan... Memberi sokongan.. Membantu kita apabila kita perlukan pertolongan... Maybe kedengaran seperti apa yg telah diberikan oleh ibu bapa kita.. YA! kerana ibu bapa kita juga merupakan salah seorang SAHABAT kita yg secara langsung kita x sedar... Tapi selain parent, kita jugak memerlukan orang lain dalam hidup kita kerana kita hidup sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain...

Pengakhiran! Dalam sebuah perhubungan, tiada pengakhhiran.. melainkan dgn KEMATIAN... persahabatan jugak akan diakhiri apabila kita memejamkan mata untuk selamanya...





Orang disekeliling kita boleh dijadikan KAWAN... Kita boleh mencipta beribu-ribu KAWAN.. Tapi, brapa bnykkah SAHABAT yang kita boleh cipta dari beribu KAWAN?? Tdk semua yg kita knl dan berkawan akan berkawan dgn ikhlas.. ada antaranya yg berkawan dgn niat TERPAKSA, SIMPATI, NK DPT PERHATIAN, NK FAMOUS n sbgainya.... Tapi, brapa bnyk yg berkwan dgn niat IKHLAS??? Kita boleh lihat niat mereka dgn mata kasar n jugak mata hati... Terpulang pada dri masing2....

TOLONGLAH... tolong terima kawan n sahabat anda seadanya dia.. Jgnlah menerima dia seperti yg kamu inginkan kerana diri kamu sendri tdklah sempurna... Setiap manusia dikurnakan kelebihan dan kekurangan... begitu juga diri kita sndri... so, Terimalah diri org lain seadanya mereka....

JANGAN! Janganlah sesekali sakitkan hati sahabat n kawan kamu.... Jagalah hati mereka sepeti amna mereka menjaga hati kamu.. Hargailah diri mereka seperti mana mereka menghargai diri kamu... Sentiasalah memaafkan segala kesilapan mereka.. sesungguhnya manusia tdk akan terlepas dr melakukan kesilapan... Walhal, diri sndri pun pernah melakukan kesilapan...

APA MAKSUD SAHABAT PADA DIRI KAMU???