Friday, June 29, 2012

Buli - bersatu teguh - (1)


EXT.SEKOLAH - PAGI                                               
                                                                           
          angin sepoi-sepoi bahasa menolak daun-daun kering yang           
          berguguran di atas tanah berdekatan sepohon pokok yang           
          rendang. kelihatan seorang remaja perempuan duduk di bawah       
          pohon pokok tersebut sambil bersandar menandakan dia berasa      
          tenang dengan suasana ketika itu.                                
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (melihat jam tangan.                              
                         merenggangkan tangannya                           
                         kemudian berdiri)                                 
                    so, nilah sekolah baru aku ya.                         
                    eemm.. boleh tahan gak luarannya                       
                                                                           
          nami melangkahkan kakinya menuju ke arah pintu masuk             
          sekolah.                                                         
                                                                           
                                                                           
          INT.BANGUNAN SEKOLAH - PAGI                                      
                                                                           
          nami berlegar-legar mencari bilik pengetua.                      
                                                                           
                              NAMI (V.O)                                   
                    mana plak bilik pengetua ni?                           
                                                                           
                              SURIA                                        
                         (memintas di hadapan nami                         
                         tanpa perasan kewujudan nami                      
                         di situ)                                          
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (melihat suria kemudian                           
                         berlari ke arahnya)                               
                    maaf, boleh saya tanya, kat mana                       
                    bilik pengetua?                                        
                                                                           
          suria yang sedang berjalan sambil memikirkan sesuatu             
          terkejut apabila mendengar sapaan dari nami. dia menoleh         
          kepalanya ke arah nami.                                          
                                                                           
                              SURIA                                        
                    awak? bilik pengetua?                                  
                                                                           
                                                                           
          INT.KORIDOR PEJABAT PENGETUA - PAGI                              
                                                                           
          mereka berdua berjalan bersama-sama menuju ke bilik              
          pengetua.                                                        
                                                                           
                              SURIA                                        
                    eh? awak budak baru? 
                              NAMI                                         
                         (sambil tersenyum)                                
                    ya, sebab ayah tiba-tiba kena tukar                    
                    tempat kerja kat sini.                                 
                                                                           
                              NAMI (O.S)                                   
                    eh, macam mana agaknya budak-budak                     
                    kelas 4A ye?                                           
                                                                           
                              SURIA                                        
                         (mukanya bertukar menjadi                         
                         risau. nada suaranya menjadi                      
                         rendah)                                           
                    eemm, okey la kelas tu. saya pun                       
                    kelas yang sama gak.                                   
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (muka gembira)                                    
                    betul ka ni? bagusnya!                                 
                                                                           
                                                                           
          INT.KELAS - PAGI                                                 
                                                                           
          nami berdiri dihadapan kelas sambil didampingi oleh guru         
          kelasnya yang baru.                                              
                                                                           
                              NAMI                                         
                         (muka gembira)                                    
                    selamat berkenalan semua! saya                         
                    nami, baru sahaja berpindah ke                         
                    sini.                                                  
                                                                           
          guru kelasnya menuju ke tempat duduk seorang pelajar             
          perempuan di dalam kelas itu.                                    
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                    ini mia, dia ketua kelas ini. kalau                    
                    ada apa-apa masalah boleh la tanya                     
                    pada dia ya.                                           
                                                                           
                              MIA                                          
                         (senyum)                                          
                    selamat datang nami.                                   
                                                                           
          nami menuju ke tempat duduknya. dia meletakkan begnya lalau      
          mengeluarkan buku teksnya.                                       
                                                                           
                              GURU KELAS (O.S)                             
                    baiklah, kita mulakan kelas                            
                    sekarang. sila buka muka surat 64.                     
                                                                           
          guru sedang mengajar di hadapan sambil menulis sesuatu di        
          papan hitam. 
                              SURIA (O.S)                                  
                    cikgu, suara cikgu perlahan sangat                     
                    la.                                                    
                                                                           
          semua orang di dalam kelas itu memandang ke arah suria.          
                                                                           
                              NAMI (V.O)                                   
                    eh, tu budak tadi la                                   
                                                                           
          guru kembali mengajar semula.                                    
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                         (sambil sambung menulis                           
                         sesuatu di papan hitam)                           
                    maaf, cikgu akan berhati-hati.                         
                    baik, kita sambung dengan soalan                       
                    ini.                                                   
                                                                           
                              SURIA                                        
                         (meninggikan suaranya sedikit)                    
                    cikgu, tak dengar la. cikgu ni nak                     
                    mengajar ka tak?!                                      
                                                                           
          kedengaran suara berbisik di dalam kelas itu. suasana            
          menjadi sedikit tegang. guru yang mengajar tadi terkejut.        
          guru itu menoleh kearah suria. dengan keadaan kelas yang         
          mula kedengaran pelajar berbisik-bisik, cikgu menegur suria.     
                                                                           
                              GURU KELAS                                   
                    suria, tolong jangan buat hal lagi.                    
                    setiap hari awak buat perangai.                        
                    cikgu dah cakap sekuat mungkin dah!                    
                                                                           
          nami hanya mampu melihat sahaja keadaan itu dimana guru          
          keals memarahi suria.                                            
                                                                           
                              NAMI (V.O)                                   
                         (muka terkejut)                                   
                    tak mungkin, tak mungkin dia                           
                    penimbul masalah dalam kelas ni.                       
                                                                           
                                                                           
          INT.KANTIN - TENGAH HARI                                         
                                                                           
          suria duduk berseorangan di suatu tempat dalam kantin            
          sekolahnya. nami yang mencari-cari suria akhirnya pergi          
          mendapatkan suria di tempat duduknya.                            
                                                                           
                              NAMI                                         
                    kenapa awak buat macam tu tadi?  

No comments:

Post a Comment