SURIA
nami, mesti awak rimaskan saya
selalu ikut awak ke mana saja. ye
la, disebabkan awak selalu bergaul
dengan saya, awak plak yang kena
buli sekarang ni.
NAMI
sekejap, apa yang awak cakapkan ni?
SURIA
awak tahu tak? sebelum awak datang
ke sekolah ni, saya selalu
keseorangan. selalu dibuli. tapi
lepas awak datang ke sini dan
membantu saya, saya rasa bersyukur
sangat. akhirnya saya mendapat
kawan dan tak akan berseorangan
lagi. tapi nampaknya semua itu
hanya tipu. saya tak mahu kawan
yang tipu! (berlari menuju ke
kelas)
NAMI
(hanya berdiam diri dan kaku)
INT.KELAS - TENGAH HARI
guru yang bertugas ketika itu sudah selesai mengajar dan
hendak beredar dari kelas. nami menolong guru tersebut
mengangkat buku. suria duduk termenung ke luar tingkap. dia
masih lagi teringat kata-katanya kepada nami. wajahnya
menunjukkan dia begitu kesal sekali dengan tindakkannya itu.
keadaan suria itu membuatkan mia dan rakan-rakannya gembira.
mereka bangun menuju ke tempat suria.
MIA
macam mana kau dengan nami? okey
tak? tadi aku tengok kau macam
bergaduh je dengan dia.
PELAJAR 2
ala, biasa la tu. orang macam tu
memang tak boleh dipercayai.
PELAJAR 1
betul tu! aku pun dah lama bengang
dengan si lembap tu.
mereka bertiga ketawa bersama-sama tanpa menghiraukan
perasaan suria ketika itu. tiba-tiba, mia menarik tangan
suria dan memaksanya untuk bangun dari kerusi. rakan mia
menyerahkan bakul sampah yang sudah penuh kepada suria.
PELAJAR 1
(menyerahkan bakul sampah
kepada suria)
nah! aku nak kau baling bakul
sampah ini dekat nami nanti.
SURIA
tak mahu!
MIA
(memegang tangan suria)
kau jangan nak melawan! kami suruh
buat so buat ja la.
PELAJAR 2
(menarik baju suria)
kalau kau tak mahu buat, nahas la
kau
situasi tersebut disaksikan oleh kesemua rakan kelas mereka.
pelajar di dalam kelas itu tidak mampu lakukan apa-apa
kerana mereka takut akan senasib dengan nami. tiba-tiba
pintu kelas dibuka dan suria terkejut bila mendapati nami
berada depan matanya.
MIA
(menolak bahu suria)
cepat la buat!
suria yang terkejut dengan suara mia yang tinggi secara
tiba-tiba dia membaling bakul sampah yang sudah penuh itu ke
arah nami. nami tergamam dengan tindakan suria itu hanya
mampu berdiri kaku sahaja. apabila suria menyedari
tindakkannya itu, dia terus berlari keluar dari kelas.
EXT.BAWAH POKOK - PETANG
nami duduk termenung di bawah pokok berseorangan. dia masih
lagi teringat kejadian di kelas.
NAMI (V.O)
kenapa suria buat macam tu tadi?
budak-budak tak guna tu buli dia
lagikah? ntah-ntah dia..(teringat
kembali perbualannya dengan rakan
mia di tandas)
NAMI
(menangis)
takkan la. dia tak mungkin kata
macam tu. suria, jangan tinggalkan
aku. aku betul-betul perlukan
sokongan kau. aku tak mampu
lakukannya seorang diri.
NAMI
(cuba tenangkan diri sendiri)
aku mesti berbaik semula dengan
suria. dia kawan aku. aku takkan
biarkan dia keseorangan dan dibuli
lagi.
tanpa disedari, kata-katanya itu didengari oleh suria. suria
berada di belakang pokok tempat mereka lepak bersama sejak
awal lagi. kata-kata nami telah membuatkan suria mengalirkan
air mata tanpa dia sedari.
EXT.KELAS - PAGI
nami seperti tidak semangat mahu masuk ke kelas.
NAMI (V.O)
aku tak mahu masuk ke kelas. tapi
terpaksa masuk jugak.
INT.KELAS - PAGI
sebaik sahaja nami masuk ke kelas, terdapat sebelah tangan
menerkam tangan nami dan menarik nami sehinggakan nami
terjatuh ke lantai. rakan-rakan mia memegang tangan nami
sekuat mungkin. kejadian itu membuatkan pelajar kelas
tersebut terkejut dan memberi perhatian atas apa yang
berlaku sekarang.
MIA
(serius)
akhirnya saat ini yang aku
tunggukan. kau dah tak ada
penyokong untuk bantu kau. berani
kau report kat cikgu yang aku buli
kau dan si lembap tu! hari ni aku
balas dendam pada kau!.
(menarik baju nami)
aku nak kau melutut dan cium kasut
aku sambil minta maaf. aku tengah
bad mood hari ni, so jangan cuba
nak melawan.
NAMI
aku takkan minta maaf!
MIA
(menolak kepala nami ke sisa
makanan)
kalau kau tak buat apa yang aku
suruh, aku akan sumbatkan sisa
makanan ni ke dalam mulut kau.
suria yang melihat kejadian itu terasa bersalah dan cuba
membantu nami.
SURIA
(gelisah)
tolong berhenti.
(merayu kepada rakan kelasnya
yang lain)
sapa-sapa, tolonglah bantu nami.
tolonglah
PELAJAR 3
(menoleh mukanya kearah lain)
maaf, kami tak sanggup nak tolong.
kami takut akan senasib dengan nami
kalau kami cuba menolong dia.
nami menahan kesakitan yang dialami tangannya kerana rakan
mia memegang tangannya dengan kuat.
NAMI
aku takkan minta maaf kat kau! apa
aku buat adala benda betul.
PELAJAR 1
mia! kau sumbat ja sisa makanan tu
kat dalam mulut dia. tak guna nak
cakap banyak dengan dia ni.
mia memakai sarung tangan dan mula mengambil sisa makanan
tersebut. dia memegang mulut nami untuk memasukkan sisa itu.
NAMI
hentikan.
rayuan nami tidak diendahkan sama sekali oleh mereka. malah,
mereka makin ketawa dengan kuat. tanpa disedari, suria
menepis tangan mia dengan pantas. nami terkejut dengan
tindakkan suria itu.
NAMI
suria! kau okey tak?
SURIA
(menumbuk-numbuk belakang mia) lepaskan nami! aku takkan biarkan
korang buli nami lagi! lepaskan
nami!
rakan-rakan mia melepaskan nami dan pergi ke arah suria dan
memegang suria supaya dia berhenti memukul mia. mia bangun
dan menolak kepala suria.
MIA
tak guna! berani kau melawan aku!
kau nak cari nahas ke ha?!
(mengangkat tangan hendak
menampar suria)
korang memang tak boleh dimaafkan
lagi!
sewaktu mia hendak menampar suria, nami datang secara
tiba-tiba dan menjadi pengganti suria untuk ditampar oleh
mia. suria terkejut dengan tindakkan nami itu. semua pelajar
dalam kelas itu mula berasa takut.
SURIA
(cuba membangunkan nami)
nami, awak okey tak?
NAMI
(memegang pipinya dan menahan
kesakitan)
sakitnya.
semua pelajar dalam kelas itu menanyakan keadaan nami. suria
memeluk nami secara tiba-tiba.
SURIA
(memeluk nami sambil menangis)
nami, saya minta maaf. saya ni
terukkan? sepatutnya saya lebih
faham derita apabila dibuli.
maafkan saya, nami.
nami mendengar kata-kata itu dengan penuh teliti. air
matanya mula mengalir. dia tersenyum kerana dia pasti bahawa
dia sudah mendapat kembali rakannya semula.
SURIA
(memegang kedua-dua tangan
nami)
maafkan saya. mungkin kita dah tak
boleh menjadi kawan semula, sebab
saya ni teruk. tapi tolong maafkan
saya.
nami menangis dan memeluk suria.
NAMI
permintaan awak lebih bernilai dari
permintaan orang lain. sebab awak
adalah kawan saya yang terbaik,
suria.
mereka berpelukkan dan menangis kegembiraan bersama.
MIA
sudahlah tu! suria, kau nak kena
dipulaukan lagi ke lepas ni?!
berani kau menumbuk aku tadi! kau..
PELAJAR 3(O.S)
sudah la ketua kelas!
MIA
(menoleh ke arah rakan
sekelasnya)
apa korang semua ni? nak melawan
jugak ke? korang tak takut ke yang
korang akan jadi mangsa lepas ni.
PELAJAR 4
tak, kami tak takut. selama ni kami
bertahan ja melihat kau membuli
orang lain. tapi kali ni dah
melampau.
PELAJAR 3
kami yang hanya berpeluk tubuh
melihat kau membuli mereka berdua
ni pun dah dikira bersubahat dan
turut sama membuli mereka. kali ni
kami takkan diamkan diri.
melihat keadaan yang semakin rumit itu, mia dan
rakan-rakannya menjadi takut dan gelisah.
PELAJAR 1
mia, macam mana ni?
MIA
korang ingat korang boleh melawan!
kalau korang berani, korang
buatlah! lepas ni korang plak jadi
hamba abdi aku!
NAMI (O.S)
kalau kau nak buat, kau buat la.
perkataan itu membuatkan mia dan rakan-rakannya tergamam.
mereka menoleh ke arah nami dan suria.
NAMI
walau cara apa pun yang kau
gunakan! aku tetap ada suria! aku
akan lebih tabah bila ada kawan
yang boleh dipercayai!
SURIA
(melihat ke arah rakan
sekelasnya)
korang pun sama kan?
PELAJAR 3
ya! kami pun sama gak.
keadaan itu membuatkan mia dan rakan-rakannya bertambah
takut dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa.
EXT.KELAS
suasana di koridor nampak tenang dan mulai detik itu, tiada
lagi aktiviit buli yang dilakukan oleh mia dan
rakan-rakannya. loceng berbunyi tanda tamatnya waktu
persekolahan mereka. pelajar-pelajar keluar dari kelas
masing-masing. kelihatan dua orang rakan sedang berpegang
tangan keluar dari kelas sambil terukir senyuman yang cukup
manis dari wajah mereka.
EXT.BAWAH POKOK
nami dan suria berlari menuju ke tempat mereka selalu
bersama dengan wajah yang penuh kegembiraan.
NAMI (V.O)
(berlari bersama suria menuju
ke pokok yang rendang)
waktu sedih, waktu perit, waktu
kita inginkan seseorang untuk
mengadu. kalau kita ada teman untuk
tertawa bersama.. walaupun seorang,
tentu esok, hari yang indah akan
menanti!
mereka bersandar pada pokok yang rendang itu sambil
berpegang tangan seperti tidak mahu dilepaskan lagi. kerana,
detik itu adalah detik yang paling bahagia dalam hidup
mereka berdua.
No comments:
Post a Comment