Friday, July 30, 2010

Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & RASUL (cont..)


BAB 2 (MENGIKAT JANJI)
“mengikat janji pertunangan tak menghalalkan apa-apa. Ia bukan tiket kebebasan untuk berdua-duaan. Aku & dirimu tetap masih bukan mahram”
Sajak Aminah Quth Buat Bakal Suami
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai kepada orang yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku hanyalah kerana-Mu.
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan padaku.
dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)
(surah al-Nur 24:26)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
jika Allah memasukkan ke dalam hati seseorang keinginan untuk melamar seorang wanita maka diperbolehkan baginya bagi melihat wanita tersebut.”

Thursday, July 29, 2010

Pemilik Cintaku Setelah ALLAH & RASUL


Pengenalan
Ø Buku ini merupakan terbitan ‘Telaga Biru’. Kisahnya merupakan kisah benar seorang remaja perempuan yang melalui zaman remajanya yang dicabar oleh cinta lelaki.
Ø Buku ini bukan hanya menceritakan kisah cinta tetapi apa yang penting, buku ini memberi motivasi dan pengajaran kepada kita. Kisah cinta yang akan diredhai oleh Allah.
Penulis : FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
Harga: RM12.00
P/S= Saya hanya akan mengambil beberapa petikan yang ada dalam buku ini sahaja. Nak tahu lebih lanjut mengenai cerita dlm buku ini sila beli di kedai buku novel yang berdekatan atau melalui agen2 pengedar buku ‘telaga biru’… :)
Bab 1 (TIADA CINTA SEBELUM KAHWIN)
“Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tidak bersedia.
Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata?
Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita
di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.”
Bahaya cinta sebelum kahwin
v Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
v Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya.
v Hati akan terseksa akibat barah rindu
v Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah & terhina di bawah jajahan syaitan.
v Cinta lalai akan menyebabkanku alpa drpd mempersiapkan diri untuk keperluan dunia & akhirat.
v Aku boleh menjadi x rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta.
v Fitnah cinta ibarat racun yg akan membunuh akal, jiwa, & perasaan.
v Jiwaku terganggu dlm menilai mana yg baik, mana yg buruk untuk diriku.
v Jika aku & dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga, nescaya ia terbina atas dasar maksiat yg mengundang padah kpd peribadi zuriat kami pastinya.
Tips menepis cinta remaja
o Tegas dgn prinsip diri.
o Meletakkan misi yg jelas dlm hidup.
o Bersahabat dgn rakan-rakan sejantina yg soleh.
o Mengekang hawa nafsu.
o Mendekati majlis ilmu.
o Menyibukkan diri dgn hobi & minat berfaedah.
o Akrab dgn Allah dlm ibadah & kehidupan.
Kriteria Calon Pasangan
Drpd Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu,”
(Riwayat Muslim)


Seorang penyair Arab berkata:
Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi.
BAHANA CINTA