1) wanita ANANAH
--> banyaknya komen!! wanita jenis ini yg lelaki akan hindari. Ini kerana apa yg diberi atau dilakukan oleh suami untuk rumah tangganya, ada saja yg x kena pada pandangan matanya
2) wanita MANANAH
--> dia saja yg banyak berkorban!! wanita seperti ini suka menidakkan usaha dan jasa suami, sebaliknya suka mendabik dada dengan mengatakan bahawa dialah yg banyak berusaha dan berkorban untuk rumah tangganya. Ungkit-mengungkit dalam apa jua kebaikan yg dilakukan untuk rumah tangga itu juga perkara biasa baginya. Lazimnya, wanita seperti ini adalah berkerjaya dan memiliki gaji yg lebih besar daripada suaminya
3) wanita SYADAQAH
--> pot! pet! pot! pet!. wanita jenis ini banyak bercakap dan tidak menentu / BECOK!. Akibat banyak cakap,selalunya kerja yg dibuat sering tidak menjadi, hanya menjadi tukang sibuk dan komen sahaja.
4) wanita HANANAH
--> tidak bersyukur! Wanita ini gemar menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yg lain, yg dinikahnya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yg lain dan dia berangan-angan untuk mendapatklan suami yg lebih baik daripada suami yg sedia ada. Dia tidak bersyukur dengan jodohnya dan mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendah-rendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
5) wanita HADAQAH
--> suka memaksa dan mengikut nafsu! Wanita jenis ini suka kepada melihat barangan lalu menyatakan keinginan kepada suaminya dan memaksa untuk membeli untuknya. Suka mengikut nafsu. Sifat ini amat memeningkan lelaki. Juga suka membandingkan dirinya dengan orang lain dan gemar menunjuk-nunjuk. Wanita ini yg akan membuat suaminya sentiasa sugul dan susah hati.
6) wanita BASAQAH
--> makna pertama- wanita yg gemar bersolek dan menghias diri. Bukan untuk dirinya tetapi untuk dipertontonka kepada dunia. Duitnya dihabiskan untuk membeli alat solekan, kasut dan barang kemas. Dia gemar dipuji-puji, dan jika kebetulan dia menjadi isteri kepada orang ternama, maka orang lain tidak boleh mengatasi dirinya dalam segala hal.
--> makna kedua - ketika dia marah sewaktu makan, lazimnya dia tidak akan makan kecuali bersendirian dan diasingkan bahagiannya.
Rasulullah SAW ada memesan kepada kaum lelaki, "Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. yang ANANAH, yang MANANAH, yang HANANAH, yang HADAQAH, yang BASAQAH, dan yang SYADAQAH. "
No comments:
Post a Comment