1) Perlakuan orang-orang sekitar kamu seperti sahabat lama, sehingga tercipta kehangatan emosional seperti magnet. Cara untuk menunjukkannya cukup dengan senyuman :)
2) Jangan mengenakan pakaian berwarna hitam kerana warna ini merupakan satu tanda kekuatan & ingin mendominasi. Lebih baik kamu mengenakan warna pink, oren atau kuning drpd memakai 'little black dress'. Ini kerana warna-warna tersebut memancarkan kehangatan & keramahan tetapi jgn guna warna ini dari hujung kaki sampai hujung rambut.. Nanti nampak pelik ar...
3) Saat orang lain berbicara, adakalanya kamu mungkin kurang memberikan perhatian penuh kerana sibuk memikirkan sesuatu yg lain. Oleh itu jadilah pendengar yg setia & baik kerana amat penting untuk kamu menunjukkan sikap ambil berat pada si pencerita... (whoa, sakit hati oo bila kita bercakap tapi yg si pendengar plak buat x tau ja)
4) Sentiasa mengingati nama-nama orang di sekeliling kamu tidak kiralah yg rapat dgn kamu atau tidak. Sikap akrab seperti ini akan membuat orang merasa lebih dekat dgn kamu...
5) Sentiasa merendah diri kerana sesiapa pun akan senang duduk bersama dgn org yg punya sifat ini. Bukan saja tidak sakit telinga kerana setiap perbualan kamu tidak pernah membangga-banggakan diri malah kamu juga adalah pendengar yg baik...
p/s: berkawan biarlah dengan niat yg baik... bukan kerana niat yg terpaksa atau niat yg negatif... kerana niat yg negatif tidak akan berkekalan sesuatu persahabatan itu... sebaliknya niat yg ikhlas n baik la yg akan merapatkan lagi hubungan silaturrahim.. :)
No comments:
Post a Comment